5

Danbo in the rain by ~Kikisdesigns

 

Assalamualaikum and hi to all…

Alhamdulillah syukur. Hari ni hujan disebelah petang. Pagi tadi mendung gelap. Ingatkan hujan sebelah pagi. Rupanya petang tadi yang hujan. Tanpa ada angin, tanpa awan mendung, tanpa langit bertukar menjadi, hujan turun secara tiba-tiba.

Macam tu jugak kan dengan hidup kita kan. Kadang-kadang kita da bersedia untuk segala kemungkinan atau masalah. Macam-macam persediaan kita buat supaya kita tak kan ditimpa musibah. Contohnya kita nak bina rumah dengan segala macam security yang hebat. Tapi perompak still dapat pecah masuk rumah kita. Bukannya kita tak berusaha tapi siapa yang dapat menghalang takdir. Siapa tak sedih, trauma kalau rumah kena rompakkan? Dan saya percaya tak de siapa yang nak dirinya ditimpa musibah. Siapalah kita untuk menyalahkan takdir dan tidak redha dengan apa yang terjadi.

Ingat lagi tak entry saya semalam, Kau Pergi Tanpa Pesan. Pada asalnya, nenek saudara saya yang sakit teruk. Dah bertahun-tahun juga dia sakit. Pastinya kami berusaha untuk mengubat sakitnya tapi tanpa disangka-sangka atok saudara saya yang meninggal. Aduh!! Betapa terkejutnya kami semua kerana tak menjangkakan yang atok saudara saya yang akan meninggalkan kami dahulu.

Saya sukakan hujan. Sebab hujan menyegarkan bumi. Hujan memberikan kita satu nikmat nyaman, menenangkan kita. Walaupun ada sesetengah orang kerjanya bergantung pada cuaca seperti nelayan, buruh-buruh binaan yang memerlukan cuaca elok dan tidak hujan untuk bekerja tapi apa-apa pun hujan itu satu rahmat dan ujian kepada kita semua.

Wahai hujan. Terima kasih kerana menceriakan kami. Kedatanganmu adalah satu rahmat dan harap, ada yang tidak menangis di dalam hujan ya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 Comments

  1. fida on the 25. Feb, 2012 remarked #

    hujan, rintik-rintik airnya yg kecil2 tu bile bersatu bisa membasahkan segenap bumi ~ umpama nikmat yg besar sekali… hujan dan air = segar!
    * tetibe berpuisi! lol =)

  2. HJ on the 25. Feb, 2012 remarked #

    madinah rintik2 je hari ni

  3. mimito on the 25. Feb, 2012 remarked #

    weeee
    opah pon suke kan hujan kak long :)

    alfatihah buat arw3ah atok sedara kak long..

  4. sunah suka sakura on the 25. Feb, 2012 remarked #

    suka ayat tu…bukan kita tak berusaha…tapi siapa yang dapat menghalang takdir..lebih kurang cam entri saya baru tadi.. :)

  5. syakira yaakub on the 27. Feb, 2012 remarked #

    kita menangis bila turunnya hujan tp kita tatau yg Allah nak bg mentari lepas tue :D

Leave a Comment




CommentLuv Enabled