Assalamualaikum…
Innalillahiwainnailahirajiun.. Dari Allah kita datang, kepada Dia juga kita kembali. Allahuakbar.. Lepas sekolah semalam, mak call. Mak cakap embah aka atok Sangit meninggal dunia. Embah Sangit ni adik kepada atok saya sebelah abah. Terkejut sangat saya dengar berita daripada mak. Sebab arwah baru je sakit. Isteri embah Sangit, embah Las sendiri sakit dah makan bertahun-tahun jugakla.. Tapi Allah lebih sayangkan embah Sangit. Allah uji sakitnya sekejap sahaja. Dalam dua bulan beliau disahkan menghidap kanser paru-paru, beliau terus dipanggil menghadap Allah…
Habis koko semalam dan lepas minta permission dari big boss pusat tusyen sebab tak dapat pergi tusyen, terus pecut balik KL… Dari Banting ke KL adalah dalam 1jam-1jam setengah. Tak termasuk jam. Balik dari koko dalam pukul 6. Dalam hati da rasa jalan mesti jam gile. Memang pecut je semalam dengan harapan dapat sampai rumah cepat. Masyaallah, lepas je highway MEX, jalan lengang dan tak jem langsung. Serius rasa sangat pelik.
Then lepas sampai rumah, siap-siap nak ziarah family arwah. Arwah embah da selamat kebumi tengahari tu. Kami tak dapat pergi awal sebab abah outstation. So tunggu abah balik da gerak ke Pantai Dalam. Sampai je rumah bibik Idah(anak embah Sangit) kami berbual-bual…
Bik Idah cerita kat kami macam mana urusan jenazah dan keadaan arwah sebelum meninggal. Bibik cakap yang dia risau sangat takde orang nak solat jenazahkan embah sebab hari Khamis hari bekerja. Tapi bibik terkejut sangat sebab ramai yang datang solatkan arwah dekat surau. Pastu tok imam ada minta keluarga untuk melihat wajah arwah b4 nak bawak pergi kubur. Lepas je bibik cium dahi arwah, tiba-tiba je arwah da takde depan bibik. Rupanya arwah terus dibawa ke kubur. Bila bibik sampai je kat kubur, sedar-sedar arwah da nak dimasukkan ke liang lahad. Masyaallah. Menitik air mata saya dengar cerita bibik. Bayangkan, mudahnya urusan pengurusan jenazah arwah. Selalu kita dengar ada je halangan sebelum mana-mana jenazah nak dikebumikan. Alhamdulillah sangat-sangat, arwah embah Sangit takde tangguh-tangguh dan takde masalah. Maka terjawablah persoalan kenapa mudah je perjalanan saya pulang ke rumah semalam. Mungkin sebab arwah orang yang sangat taat pada perintah Allah, maka urusan orang yang nak melawat arwah pun dipermudahkan. Wallahualam…
Tadi saya cakap kan yang isteri embah Sangit sakit da lama kan? Selama ni embah Las yang banyak bagi pesanan atau nasihat untuk anak-anak dia kalaulah umur dia tak panjang. Tapi embah Sangit memang tak tinggalkan apa-apa pesan. Beliau seorang yang sangat tenang sepanjang beliau sakit dan tetap tunaikan solat walaupun da tak boleh bangun. Kita yang sihat ni pun tak tentu lagi cukup solat kita. T____T.. Arwah memang tak nak siapa-siapa risaukan beliau.
Selama saya mengenali arwah, tak pernah saya dengar dia merungut pun. Sabar, tenang, lembut raut wajah muka beliau memang menenangkan kami semua.. Semoga arwah ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah



al fatihah
kdg kite pon leka
entah bile mse kite kan kak
Suhaili Sarif Reply:
February 23rd, 2012 at 10:01 pm
betul tu iffah…ingatkan yg pegi dl org yg lama sakit,rupanya yg shat pn blh
kadang-kadang kematian tu tak tinggalkan tanda.itulah kena sentiasa beringat.
Al-Fatihah. juga buat adik Faris Nur Daniel.
hidup xpnah susahkn org..xde komentar ttg org..segala yg susah dhadapi dgn sabar n tenang!
al fatihah. huhu
Suhaili Sarif Reply:
February 24th, 2012 at 7:28 am
doakan arwah atok sedara akk ya
insya allah semuanya selamat di alam sana
Suhaili Sarif Reply:
February 24th, 2012 at 12:51 pm
thanx HJ..mudah2an beliau selamat juga
Moga di ditempat bersama para hamba NYA y soleh. Kita PATUT ambil peringatan dr sakit dia tp msh sabar, n x tglkn suruhan ALLAH
Suhaili Sarif Reply:
February 24th, 2012 at 10:26 pm
betul tu nadh.susah nk tabah mcm tu.huhu
al fatihah ~
=) moge2 nt bila sampai giliran kita dipnggil, Allah permudahkan juga…
Suhaili Sarif Reply:
February 24th, 2012 at 10:25 pm
insyaALLAH fida…akak hrp kite semua berjaya melepasi sakaratul maut..hihi
takziah kak…
arwah atok kira pun mcm tue.. senang jer die pergi, masa hidup pun die baik sgt.. x tinggal segala suruhanNya